Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)

- Durasi: 142 min
- Genre: Adventure | Family | Fantasy
- Tanggal Release: 4 June 2004 (USA)
- Rating: 7.7 dari 10
- Director: Alfonso Cuarón
- Writers: J.K. Rowling (novel), Steve Kloves (screenplay)
- Stars: Daniel Radcliffe, Richard Griffiths, Rupert Grint | See full cast and crew
- Prestasi: Nominasi 2 Oscar, 12 Menang, 35 Nominasi
Harry Potter menghabiskan musim panas bersama-sama pasangan Dursley
sebelum memulakan tahun ketiga di Hogwarts. Kerana terlalu marah, dia
mengembangkan Makcik Marge dan meninggalkan rumah, lalu bertembung
dengan Menteri Sihir. Dia dilepaskan pergi tanpa apa-apa hukuman, sebab
utamanya (yang Harry dapat tahu kemudian) adalah seorang pembunuh
bersiri, Sirius Black berjaya melarikan diri dari penjara sihir, Azkaban
untuk membunuh Harry. Black ialah penyokong Voldemort dan telah
merengok di dalam penjara selama 12 tahun. Tahun ini, para pengawal
Azkaban, yang dikenali sebagai Dementors mengawal Hogwarts. Harry dan
rakan-rakannya kembali ke Hogwarts dan setiap kali bersemuka dengan
Dementors, Harry tidak sedap hati kerana mereka memaksa manusia
mengimbau kembali pengalaman terpahit mereka dan melenyapkan kebahagiaan
dari jiwa masing-masing. Sekolah itu mendapat cikgu ‘Pertahanan Diri
Daripada Ilmu Hitam’ yang baru, Profesor Remus Lupin yang merupakan
cikgu yang hebat. Hagrid juga mula mengajar mata pelajaran ‘Penjagaan
Makhluk-Makhluk Sihir’. Pembelajaran mereka bermula seperti biasa dan
Harry mengambil beberapa mata pelajaran baru termasuk ‘Ilmu Tilik’, yang
mana sepanjang tahun, Profesor Trelawney kerap meramalkan kematian
Harry. Tetapi Hermione mengambil lebih banyak mata pelajaran berbanding
pelajar-pelajar lain dan kadang-kadang seolah-olah dia mengikuti 2 kelas
pada masa yang sama. Sementara itu, Harry tidak dapat pergi ke
Hogsmeade bersama-sama kawan-kawannya tetapi dia memperolehi Peta
Marauder daripada Fred dan George Weasley, yang menunjukkan secara
terperinci Hogwarts dan persekitaran sekelilingnya. Ini membantu Harry
sampai ke Hogsmeade melalui suatu laluan rahsia. Ron dan Hermione selalu
bertegang urat, sebab utamanya melibatkan binatang peliharaan mereka
(tikus Ron, Scabbers dan kucing Hermione, Crookshanks). Sirius Black
memecah masuk ke Hogwarts dua kali tanpa berjaya mencederakan Harry
tetapi sesiapapun tidak tahu bagaimana dia melakukannya. Harry dapat
tahu yang Black ialah rakan karib ayahnya dan dia juga bapa angkat
Harry. Sirius mengkhianati ibu bapa Harry dengan membocorkan rahsia
tempat tinggal mereka kepada Voldemort dan menyebabkan mereka dibunuh.
Harry dan rakan-rakannya bersemuka dengan Black di klimaks yang
mengagumkan dan mendapat tahu kebenaran tertentu mengenai
kejadian-kejadian yang berlaku bertahun-tahun lampau. Mereka juga
mendapat tahu yang Lupin sebenarnya ialah serigala jadian. Kemudian,
Harry dan rakan-rakannya bertarung dengan Dementors untuk menyelamatkan 2
nyawa yang tidak berdosa. Dalam buku ketiga ini, Rowling lebih hebat
daripada 2 buku sebelum ini. Dia menghasilkan suatu kisah yang
mempesonakan, menggabungkan ilmu sihir, fantasi dan pengkhianatan, amat
luar biasa.
Download 3gp (111,3 MB):
[WAL]
Download MKV (699 MB):
[idws - BRrip] [subtitle] password rar: idfl.us
Kembali Ke Postingan